Khamis, 23 Ogos 2012

CV : Associate Professor Dr Neilson Ilan Mersat






Associate Professor Dr Neilson Ilan Mersat


 

Associate Professor Dr Neilson Ilan Mersat adalah Timbalan Dekan di Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak. Beliau memperolehi  Ijazah Sarjana Muda (Sains Politik) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1990 dan ijazah Sarjana (Sains Politik) daripada universiti yang sama pada tahun 1993. Beliau mendapat ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Sains Politik dan Hubungan Antarabangsa pada tahun 2005 daripada  The Australian National University, Canberra, Australia. Beliau pernah mendapat tawaran menjadi visiting scholar di Southern Illinois University, Carbondale (1998) di Amerika Syarikat, visiting scholar di American Study Centre di Salzburg, Austria (1999) dan visiting scholar di Department of Politics, National Taiwan University, Taipei (2008). Beliau juga pernah menjalankan  penyelidikan tentang parti-parti politik, pilihan raya, Iban Diaspora di Borneo dan pengetahuan pribumi (Indigenous knowledge) di Sarawak. Beliau juga menulis artikel dalam jernal tempatan dan antarabangsa. Beliau telah menghasilkan beberapa buah buku dan diantaranya ialah “Demokrasi di Pinggiran”  dan “Biografi Dato Sri Edmund Langgu anak Saga” terbitan Universiti Malaysia Sarawak. Beliau adalah Pengerusi Majlis Gaji Minima untuk pekebun-pekebun kecil di Sarawak (2008-2010) dah ahli Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah Dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah Malaysia (2011-2012). Ahli kepada Sarawak Dayak Graduate Association, Persatuan Sejarah Malaysia, Persatuan Sains Sosial Malaysia, Angkatan Zaman Mansang, Asia Association for Global Studies (AAGS-Tokyo), Alumni The Australian National University, Asia Pacific Sociological Association, Sarawak Iban Writers’ Association.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan