Isnin, 1 April 2013

Abstrak “Bercerai dengan roh “: Satu Ritual dan Identiti Masyarakat Iban di Sarawak, Malaysia.



“Bercerai dengan roh “: Satu Ritual dan Identiti Masyarakat Iban di Sarawak, Malaysia.
oleh
Dr Neilson Ilan Mersat
Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak

“Muai Tebalu” atau “Muai Engkebalu” ialah merupakan ritual yang harus dilakukan oleh setiap orang kaum Iban setelah isteri ataupun suami mereka meninggal. Ritual ini bertujuan untuk memisahkan orang yang masih hidup dengan roh orang yang sudah meninggal. Ritual ini merupkan sebahagian daripada identiti masyarakat Iban. Masyarakat Iban yang telah menganuti agama moden seperti agama Kristian juga masih mempraktikkan ritual tersebut. Ini kerana menurut kepercayaan kaum Iban perpisahan di antara suami dengan isteri disebabkan oleh kematian hanya dianggap sempurna hanya selepas proses ritual ini dilaksanakan. Seseorang itu masih lagi dianggap terikat atau belum dipisahkan dengan “roh” pasangannya sekranya ritual ini belum dilaksanakan. Upacara ritual ini membolehkan sama ada suami atau isteri untuk berkahwin semula selepas kematian pasangan mereka. Adalah menjadi satu kesalahan dari segi Adat Iban sekiranya seseorang itu berkahwin sebelum ritual tersebut dilaksanakan. Ahli keluarga yang meninggal berhak untuk mengenakan denda atau hukum kepada si suami atau isteri yang berkahwin semula sebelum ritual ini dilaksanakan. Kertas kerja ini akan mengkaji proses ritual tersebut dan menjelaskan mengapa ritual ini dirasakan masih lagi relevan oleh masyarakat Iban pada hari. Persoalan yang cuba dijawab ialah apakah ritual ini akan terus kekal menjadi identiti masyarakat Iban memandangkan semakin ramai generasi muda masyarakat tersebut yang kurang arif dengan pengetahuan serta signifikan ritual tersebut dalam kehidupan mereka. Lebih menarik lagi ialah apakah tradisi lisan berhubung ritual tersebut dapat dilestarikan sebagai warisan identiti masyarakat Iban di Sarawak?.          

1 ulasan:

  1. hye prof, saya sedang membuat kajian mengenai identiti masyarakat Iban. where should i get this full artikel? thanks :)

    BalasPadam