Khamis, 31 Julai 2014

Migrasi, identiti, dan kearifan tempatan : Kaum Iban di Sabah, Malaysia. Neilson Ilan Mersat dan Spencer Empading Sanggin Universiti Malaysia Sarawak



Migrasi, identiti, dan kearifan tempatan : Kaum Iban di Sabah, Malaysia.
Neilson Ilan Mersat  dan Spencer Empading Sanggin
Universiti Malaysia Sarawak

Salah satu daripada cabaran yang dihadapi oleh masyarakat yang terlibat dengan migrasi ialah  bagamaimana ingin menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru dan pada masa yang sama mengekalkan identiti asal mereka. Usaha untuk mengekalkan identiti termasuklah  mempraktikan  kearifan tempatan (indigenous knowledge) dalam kehidupan seharian mereka. Berdasarkan kajian awal kaum Iban telah memulakan proses migrasi dari Sungai Kapuas di Indonesia ke  Sarawak pada abad ke 16. Proses migrasi ataupun bejalai diteruskan pada abad ke 20 apabila kaum Iban mula berhijrah ke Sabah untuk mendapatkan perkerjaan demi meningkatkan taraf hidup mereka. Pada mulanya sebahagian besar daripada mereka terlibat dengan aktiviti pembalakan dan akhirnya telah membuat keputusan untuk menetap di Sabah. Kertas kerja ini adalah hasil  daripada kajian terhadap kaum Iban  di dua kawasan penempatan di Tawau, Sabah iaitu di Kampung Merotai dan Kuala Nansang. Salah satu daripada impak proses migrasi tersebut ialah kecenderungan untuk terhakisnya kearifan tempatan kaum tersebut yang diwarisi sejak turun temurun. Kertas kerja ini menganalisis bagaimana kaum Iban di kedua-dua penempatan mengekalkan identiti mereka dan pada masa yang sama berhadapan dengan tekanan yang boleh membuatkan mereka mengalami kehakisan kearifan tempatan dan budaya seperti tradisi lisan.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan