Menyatakan Kanang bukan hero seperti sokong ideologi komunis
Posted on January 8, 2013, Tuesday
KUCHING:
Penulis blog pembangkang yang mengeluarkan kenyataan mendiang
Temenggung Datuk Kanang Langkau bukan hero dilihat sebagai menyokong
ideologi komunis yang ditentang oleh tentera Malaysia seperti Kanang.Dekan Fakulti Sains Sosial UNIMAS Dr Neilson Ilan Mersat berkata tugas anggota tentera dan polis yang berjuang menyerahkan jiwa raga bukan perkara mainan ataupun sandiwara.
Mereka katanya, mungkin boleh menemui ajal jika tersilap langkah dan wang tidak mungkin dapat mengembalikan nyawa mereka walaupun berjuta ringgit ditaburkan.
Justeru katanya seharusnya ‘bujang berani’ seperti Kanang diberi pengiktirafan pingat dan penghormatan negara seandainya mereka meninggal dunia.
“Penulis blog patut berfikir dengan mendalam sekira-nya kita tiada pejuang seperti Kanang dan yang lain, mungkin negara kita tidak akan aman dan maju seperti yang dikecapi masa ini.
“Tidak keterlaluan juga jika seharusnya bangsa Iban marah dan menolak kenya-taan yang tiada rasa hormat itu.
“Jika penulis seorang yang mengetahui adat dan prinsip hormat menghormati beliau seharusnya meminta maaf kepada keluarga mendiang Kanang, bangsa Iban di negeri ini dan kerajaan yang telah mengurniakan pingat tertinggi kepada Kanang,” katanya kepada Utusan Borneo.
Dr Neilson merupakan antara yang terlibat dalam jawatankuasa Khas Buku Teks Sejarah Malaysia selain turut menghasilkan Dokumentari Kanang anak Langkau untuk RTM sempena kemerdekaan ke-50 negara.
Tambah Dr Neilson, kenyataan yang dikeluarkan blog pembangkang itu da-tang daripada individu yang cetek pengetahuan dan ti- dak memahami sejarah Malaysia.
Kenyataan seumpama ini bukan sahaja membangkitkan kemarahan rakyat tetapi juga membawa makna yang penulis tidak menghargai jasa dan bantuan yang telah diberikan oleh individu seperti Kanang.
Kenyataan ini katanya, tidak sepatutnya dikeluarkan lebih lagi pada ketika keluarga dan masyarakat Iban di Sarawak sedang meratapi pemergian seorang wira dengan tiba-tiba.
“Pertama, penulis yang mengeluarkan kenyataan itu dan pemilik blog boleh dilabel tidak mempunyai rasa hormat dan kurang ajar kerana tidak menghormati orang yang sedang berada dalam suasana muram lebih-lebih lagi anggota keluarga mendiang Kanang.
“Kedua, kenyataan itu menghina bangsa Iban yang selama ini menyanjung tinggi keberanian, kepahlawanan Kanang yang telah menjadi wira negara.
“Ketiga, kenyataan itu telah memperlekehkan pangkat dan darjat yang telah dikurniakan Kerajaan Malaysia atas pengorbanan beliau menentang musuh demi mempertahankan negara.
“Daripada maklum balas rakyat berkaitan dengan kenyataan itu, rata-rata tidak tidak setuju dengan kenyataan Kanang bukan hero sebenar,” katanya sambil menambah penulis patut menulis dengan pemikiran yang panjang dan bukan sembarangan meng-ikut sesuka hati tanpa kaji selidik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan