Rabu, 19 September 2012

Polemik Sejarah Malaysia






Sejarah Awal Migrasi Kaum Iban di Sarawak[1]

Prof. Madya Dr Neilson Ilan Mersat
Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak

Pengenalan

Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa terdapat beberapa sebab mengapa sesuatu kelompok atau kaum itu berpindah ataupun melakukan migrasi. Manusia berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain kerana ingin mencari peluang pekerjaan serta mendapat gaji yang lebih lumayan. Namun terdapat juga yang berpindah dengan tujuan untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik. Sesetengah orang berpindah kerana melarikan diri dari penindasan politik. Selain daripada itu manusia juga berpindah untuk menikmati kemudahan asas yang lebih baik, untuk mendapatkan makanan, air dan juga alam sekitar yang lebih baik. Bagi kaum Iban satu konsep yang menjadi pegangan mereka serta asas kepada  aktiviti migrasi dinamakan bejalai. Menurut Kedit (1993), bejalai ialah bilamana seseorang itu pergi merantau untuk mendapatkan pengetahuan dan pengalaman yang baharu dalam kehidupan mereka. Malah mereka yang lebih banyak bejalai serta jauh tempatnya di mana beliau pernah bejalai dianggap mempunyai status yang lebih tinggi dalam kaum tersebut. 
 
Kertas kerja ini akan membuat analisis tentang perpindahan kaum Iban dari Lembah Kapuas di Indonesia sehingga ke Sarawak sebelum kedatangan Brooke. Menurut Sandin (1967), terdapat tiga teori utama tentang kedatangan kaum Iban ke Sarawak. Teori yang pertama menyatakan bahawa mereka datang ke Sarawak melalui Tanjung Datu di Lundu. Teori yang kedua pula menyatakan bahawa mereka datang ke Sarawak melalui Bukit Merudu yang terletak tidak jauh dari Brunei (Sandin, 1967:3 & 26). Teori yang ketiga pula menyatakan bahawa mereka datang dari lembah Kapuas ke Sarawak melalui kawasan Kumpang. Teori yang ketiga adalah lebih dominan kerana terdapatnya sumber-sumber lisan yang membuktikan bahawa sebahagian besar dari kaum Iban berhijrah dari lembah Kapuas ke Sarawak melalui kawasan Kumpang. Kertas kerja ini akan melihat proses migrasi kaum Iban ke Sarawak dari prisme teori yang ketiga. Kertas kerja ini juga ditulis berdasarkan sumber sekunder dari tulisan-tulisan awal yang dibuat oleh penyelidik-penyelidik tempatan dan juga sarjana-sarjana dari luar Sarawak.


[1] Dibentangkan di Majlis Polemik Sejarah Malaysia Sesi 27: Penempatan di Sarawak 1400-1840, di Islamic Information Centre, Kuching Sarawak  pada 19 September 2012, anjuran Arkib Negara Malaysia.












 

‘Conduct research to ensure accuracy’

by Antonia Chiam, reporters@theborneopost.com. Posted on September 20, 2012, Thursday


VITAL HISTORY: Daresah (centre), flanked by State Archives director Norsuriaty Awang Hassim (left) and National Archives director Yatimah Rimun, speaks at the press conference. — Photo by Muhammad Rais Sanusi
KUCHING: New historical research findings must be brought forward for debate and discussion to ensure the accuracy of the country’s history, said National Archives of Malaysia director-general Daresah Ismail.
She said when researchers and historians present their findings to the public, society at large will get a more balanced picture and perception of our history.
“This is especially so for the early history of our country. There is not much record or documents that provide information on the early settlements. Most of our historical facts are based on archaeological findings, which give a picture of life through the discoveries of plates and pottery.
“Through dedicated research by historians, more facts can be gathered and verified to fill the void of our early history. This is important for our national archives so that people will have access to authentic historical facts,” she told reporters at the 27th Session Polemic on Malaysian History — Sarawak Settlement 1400-1840 yesterday.
Daresah said the National Archives would compile all research findings to assist future research.
“In Sarawak itself, early settlements date back to the 1400s until 1840. However, there is not much research or reading materials on the subject.
“We hope that with the panellists for this session, who have done their research on the subject, will provide a clearer picture of early settlement here,” she said.
Daresah pointed out that this is the second time such an event was held in the state, following an event in Simunjan earlier this year on Sarawak’s pre-1400 settlement.
“We encourage members of the public, especially students, to attend such sessions so that they will be exposed to the latest historical findings,” she said.
The three panellists for yesterday’s session were Associate Professor Dr Bilcher Bala, who spoke on the history during the Brooke era; Associate Professor Dr Neilson Ilan Mersat, who presented his findings on early Iban migration; and Bidah Ugong, who spoke on Bidayuh migration and early settlement.
Dr Ahi Sarok from Universiti Sarawak Malaysia (Unimas) chaired the session.



 

 


 



Sejarah penempatan awal Sarawak dibukukan – BorneoPost Online

by Patricia Gari. Posted on September 20, 2012, Thursday

UNTUK KETAMADUNAN BANGSA: Daresah (kiri) dan Pengarah Arkib Negara Malaysia Cawangan Sarawak Norsuriaty Awang Hassim bergambar bersama poster Polemik Sejarah Malaysia Sesi Ke-27 pada majlis perasmiannya di Kuching, semalam. — Gambar Muhd Rais Sanusi
KUCHING: Arkib Negara Malaysia akan membukukan tiga hasil kajian mengenai sejarah penempatan awal di Sarawak iaitu bagi tempoh 1400 hingga 1840 Masihi (M) selepas ia dibentang dan dibahaskan pada Sesi Polemik Sejarah Malaysia Sesi Ke-27 di sini semalam.
Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia Daresah Ismail berkata pembukuan hasil-hasil kajian  itu penting untuk memudahkan penyelidik-penyelidik membuat kajian lanjut terhadap fakta yang dibincangkan pada masa akan datang.
“Kertas kerja atau hasil–hasil kajian fakta sejarah ini akan dibentangkan oleh pengkaji, seterusnya dibahas dan dipersoalkan sehingga kesahihan maklumat atau fakta diterima semua.
“Seterusnya ia akan dibukukan sebagai bahan rujukan kepada pengkaji-pengkaji fakta pada masa akan datang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Polemik Sejarah Malaysia Sesi Ke-27 bertema, ‘Petempatan Di Sarawak 1400-1840 M’, di Pusat Penerangan Islam.
Pada sesi itu tiga kertas kerja (kajian) dibentangkan iaitu ‘Satu Perspektif Fakta Sejarah Sarawak Pada Era 1400-1840 M’ oleh Profesor Madya Dr Bilcher Bala daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS), ‘Sejarah Awal Migrasi Kaum Iban Ke Sarawak’ oleh Profesor Madya Dr Neilson Ilan Mersat (Universiti Malaysia Sarawak) dan ‘Menjejaki Migrasi dan Petempatan Masyarakat Bidayuh dari Tahun 1400-1840M’ oleh Bidah Ugong .
Beliau menambah, penganjuran sesi polemik berkenaan bertujuan melengkapkan sejarah negara yang maklumatnya tidak banyak dalam simpanan Arkib Negara.
“Pagi ini adalah sesi polemik yang ke-27 sejak diadakan pada 1994, polemik ini lebih kepada pembentangan oleh penyelidik sejarah yang melakukan kajian dan hasil kajian itu mereka bentangkan untuk dimaklumkan kepada orang ramai seterusnya diterima atau sebaliknya.
“Ia akan dibahaskan dan dipersoalkan sehingga kesahihan maklumat dan fakta diterima oleh semua,” jelasnya sambil menambah sesi sama akan diadakan di Kuala Lumpur pada November ini.
Beliau berkata pihaknya sentiasa  menggalakkan bukan sahaja pelajar, orang ramai yang berminat tentang sejarah hadir mendengar pembentangan hasil kajian sejarah dan pada masa sama  boleh mengemukakan pertanyaan atau mendapatkan maklumat lebih jelas daripada pengkaji atau ahli panel. Sementara itu dalam ucapan perasmiannya Daresah berkata penemuan fakta baharu dalam kajian sejarah Malaysia perlu diketengahkan supaya kebenaran dapat ditegakkan dan sejarah negara diletakkan di landasan sewajarnya.
Kajian dan penilaian itu katanya mesti dilihat daripada sudut pandang para pengkaji dan sejarawan tempatan supaya sesuatu episod sejarah ditonjolkan daripada perspektif anak watan demi menegakkan keutuhan dan martabat bangsa.
“Menerusi cara ini, masyarakat akan memperoleh gambaran dan persepsi yang lebih seimbang di samping dapat meningkatkan imej serta kewibawaan bangsa di dalam dan luar negara.
“Inilah falsafah di sebalik penganjuran Majlis Polemik Sejarah ini,” ujarnya.
Sehingga kini, katanya sebanyak 65 kertas kerja telah diterbitkan melalui dua siri terbitan iaitu Polemik Sejarah Malaysia (Jilid 1) pada 2008 dan Polemik Sejarah Malaysia (Jilid 2) pada 2009.


























































Sejarah Awal Migrasi Kaum Iban di Sarawak[1]
Prof. Madya Dr Neilson Ilan Mersat
Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak

Pengenalan
Kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa terdapat beberapa sebab mengapa sesuatu kelompok atau kaum itu berpindah ataupun melakukan migrasi. Manusia berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain kerana ingin mencari peluang pekerjaan serta mendapat gaji yang lebih lumayan. Namun terdapat juga yang berpindah dengan tujuan untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik. Sesetengah orang berpindah kerana melarikan diri dari penindasan politik. Selain daripada itu manusia juga berpindah untuk menikmati kemudahan asas yang lebih baik, untuk mendapatkan makanan, air dan juga alam sekitar yang lebih baik. Bagi kaum Iban satu konsep yang menjadi pegangan mereka serta asas kepada  aktiviti migrasi dinamakan bejalai. Menurut Kedit (1993), bejalai ialah bilamana seseorang itu pergi merantau untuk mendapatkan pengetahuan dan pengalaman yang baharu dalam kehidupan mereka. Malah mereka yang lebih banyak bejalai serta jauh tempatnya di mana beliau pernah bejalai dianggap mempunyai status yang lebih tinggi dalam kaum tersebut.  
Kertas kerja ini akan membuat analisis tentang perpindahan kaum Iban dari Lembah Kapuas di Indonesia sehingga ke Sarawak sebelum kedatangan Brooke. Menurut Sandin (1967), terdapat tiga teori utama tentang kedatangan kaum Iban ke Sarawak. Teori yang pertama menyatakan bahawa mereka datang ke Sarawak melalui Tanjung Datu di Lundu. Teori yang kedua pula menyatakan bahawa mereka datang ke Sarawak melalui Bukit Merudu yang terletak tidak jauh dari Brunei (Sandin, 1967:3 & 26). Teori yang ketiga pula menyatakan bahawa mereka datang dari lembah Kapuas ke Sarawak melalui kawasan Kumpang. Teori yang ketiga adalah lebih dominan kerana terdapatnya sumber-sumber lisan yang membuktikan bahawa sebahagian besar dari kaum Iban berhijrah dari lembah Kapuas ke Sarawak melalui kawasan Kumpang. Kertas kerja ini akan melihat proses migrasi kaum Iban ke Sarawak dari prisme teori yang ketiga. Kertas kerja ini juga ditulis berdasarkan sumber sekunder dari tulisan-tulisan awal yang dibuat oleh penyelidik-penyelidik tempatan dan juga sarjana-sarjana dari luar Sarawak.

Migrasi Kaum Iban
Sepertimana yang dinyatakan oleh Pringle (1970:247) bahawa sejarah perpindahan kaum Iban bukanlah mudah untuk difahami “...the story of Iban migration...is not a simple one”. Kaum Iban berpindah dari barat dan kemungkinan dari Sumtera pada zaman sebelum orang-orang Melayu menganuti agama Islam (Gould & Bampfydle,1909:24). Charles Hose berpendapat bahawa pemimpin-pemimin Melayu dari Bahagian Sri Aman membawa bersama mereka kaum Iban dari Sumatera untuk menyertai serangan mereka (Pringle,1970:38).  Namun menurut pengkaji seperti Stephanie Morgan (1968:145) perkara seperti ini agak mustahil dilakukan. Sejarah lisan dan juga salasilah  kaum Iban menunjukkan bahawa mereka berasal dari lembah Kapuas (Christine Padoch, 1984 :2). Sejarah kedatangan kaum Iban banyak bergantung kepada salasilah yang diketahui secara lisan oleh kaum tersebut. Sudah tentunya sumber sejarah lisan seperti ini berhadapan dengan kelemahan dari segi fakta yang kurang jelas (Pringle, 1970:40-41).
Proses migrasi kaum Iban sangat kompleks kerana ketiadaan tarikh yang pasti tentang bila mereka memulakan proses migrasi ke Sarawak. Malangnya tidak ada historical data yang boleh digunakan sebagai asas untuk menetapkan tarikh sebenar sesuatu pristiwa dalam proses migrasi tersebut. Menurut Sutlive (1988), proses migrasi kaum Iban adalah sesuatu yang berterusan dan mereka bergerak dalam kumpulan yang sangat kecil dan tidak melibatkan beratus-ratus atau beribu-ribu orang. Di antara sebab-sebab mereka berpindah ialah seperti mencari kawasan pertanian yang baru, mencari kawasan untuk memburu  dan juga ingin memenuhi keperluan untuk mendapatkan kawasan penempatan yang baru.
Menurut tafsiran Empiang Jabu (1988), proses migrasi kaum Iban boleh dibahagikan kepada tiga fasa. Ketiga-tiga fasa ini juga kemudiannya digunakan oleh Chang Pat Foh (2006) untuk menganalisis sejarah awal kaum Iban di Sarawak. Fasa Pertama ialah migrasi kaum Iban ke Bahagian Kedua di Sarawak  yang bermula sejak sekitar 1540an sehingga ke 1800. Fasa Kedua ialah pada abad ke 18 dimana proses migrasi diluaskan ke kawasan lembah Rajang, Katibas, Entabai dan Julau. Fasa Ketiga, ialah pada abad ke dua puluh ke bahagian Limbang, kawasan Suai dan Niah (1927), kawasan Balleh (1920an) dan kawasan Lundu (1955). Di antara sebab-sebab mereka berpindah yang telah dijelaskan ialah:  untuk mencari tempat memburu, mencari kawasan pertanian dan juga pandangan kaum Iban sendiri bahawa orang yang lebih jauh mengembara akan lebih tinggi statusnya dalam masyarakat mereka (Empiang, 1988).

Kerajaan Awal di Borneo Dan Pengaruh Hindu-Buddha
Kerajaan awal di Borneo dinamakan  Kingdom of Kutai. Kerajaan yang mempunyai pengaruh Hindu ini terletak di bahagian Kalimantan Timur (The History, http://historian-sholeh.blogspot.com/2011/01/kutai-kingdom.html, 11 September 2012). Seperkara yang menarik ialah dalam cerita lisan tentang sejarah migrasi kaum Iban tidak pernah dinyakatan wujudnya kerajaan awal ini. Ini mungkin kerana mereka tidak sedar tentang wujudnya kerajaan awala Kutai pada masa tersebut. Namun cerita tentang interaksi kaum Iban dengan orang-orang luar seperti pedagang-pedagang Arab sering dinyatakan dalam tradisi lisan kaum itu. Menurut Irwin (1986), kaum Iban juga telah menerima banyak pengaruh dari agama Hindu-Buddha pada zaman pemerintahan Srivijaya (abad ke7) dan kemudian diikuti oleh Majaphit (sehingga penghujung kurun ke 13). Di Kalimantan Tengah, pengaruh yang sama masih lagi dapat diperhatikan di kalangan kaum Dayak Ngaju yang mengamalkan agama Keharingan. (Another New Type of Hinduism, https://blogs.emory.edu/rel100/tag/hindu-kaharingan, 10 September 2012)
Pengaruh Islam pula lebih ketara pada abad ke 12 di mana Islam telah disebarkan dengan aktif ke kawasan Asia Tenggara.  Namun bagi kaum Iban yang menolak Islam mereka terus mengekalkan kepercayaan dan adat lama mereka yang banyak dipengaruhi atau mempunyai persamaan dengan agama Hindu. Misalnya,  konsep polytheism atau multiple deities yang diamalkan oleh kaum Iban mempunyai banyak persamaan dengan agama Hindu. Pemerhatian yang telah saya buat di kalangan Dayak Ngaju di Plangkaraya pada bulan Mei 2010 mendapati bahawa kepercayaan dan adat lama kaum Iban di Sarawak mempunyai beberpa persamaan dengan agama Kaharingan.

Kaharingan
Pada 19 April 1980, Kaharingan telah diiktiraf secara rasmi oleh kerajaan Indonesia sebagai salah satu daripada agama di Indonesia. Haring bermaksud “to come to life spontaneously” (Anne Schiller, 1986: 231). Sebahagian besar daripada pengikut-pengikut agama ini ialah kaum Dayak Ngaju yang mendiami Sungai Kahayaman, Kalimantan Tengah. Ada pendapat yang emnyatakan bahawa agama ini adalah sebahagian daripada agama Hindu. Agama ini juga mempunyai cirri-ciri multiple deities sepertimana yang diamalkan kaum-kaum Iban di Sarawak. Seseorang yang pakar dalam agama tersebut dikenali dengan gelaran basir. Beliau mampu membaca mentera dalam tempoh beberapa hari. Ini dinamakan balian. Di kalangan kaum Iban seseorang pembaca mantera atau jampi boleh membaca mantera dalam tempoh beberapa hari. Satu lagi upacara yang sangat mirip kepada kepercayaan kaum Iban di Sarawak ialah upacara menghantar roh si mati kepada dunia orang mati. Ritual ini dinamakan Tiwah. Ritual seperti ini perlu supaya roh si mati tiba dengan selamat di dunia orang mati.
Lawatan saya ke Museum Balanga di Plangkaraya pada bulai Mei 2011 di mana saya mendapati bahawa kaum Dayak Ngaju juga mempunyai banyak adat yang mempunyai persamaan dengan kaum Iban di Sarawak. Misalnya, upacara dan adat yang digunakan oleh kaum Dayak Ngaju untuk mengenakan denda kepada mereka yang berkahwin tidak mengikut salasilah yang betul. Begitu juga tentang legenda cerita buaya dan hubungan binatang tersebut dengan manusia. Kepercayaan mereka berhubung binatang tersebut hampir sama dengan kaum Iban di Sarawak iaitu  bahawa seseekor buaya itu tidak akan menyerang seseorang tanpa sebab. Seperti kaum Iban, kaum Dayak Ngaju juga pernah menduduki rumah panjang pada suatu ketika dahulu serta mempunyai banyak adat yang perlu dipatuhi. Dalam kajian beliau, Harrisson dan Barbara (1968) mendapati wujud banyak persamaan dari segi kepercayaan kedua-dua kaum ini. Misalnya, dari segi nama dan juga kepercayaan terhadap burung juga mempunyai banyak persamaan. Ini kerana kedua-dua kaum menerima pengaruh agama Hindu-Buddha dari zaman Srivijaya dan juga Majapahit.

Peringkat awal proses migrasi kaum Iban
a.      Versi Beji
Peringkat awal proses migrasi kaum Iban sering dikaitkan dengan cerita Beji yang  bermula di Ketapang di Indonesia. Menurut versi ini Beji telah berusaha untuk pergi ke langit dengan menggunakan anak tangga di atas pokok kayu enchepong. Ini kerana beliau ingin berjumpa dengan Tuhan. Terdahulu daripada itu beliau dikatakan pernah  bertanya kepada pedagang-pedagang Arab tentang tempat dimananya Tuhan. Jawaban yang diberikan oleh mereka ialah bahawa Tuhan berada di langit. Usaha Beji untuk berjumpa Tuhan di langit tidak kesampaian apabila pokok kayu enchepong itu tumbang dan semua anak tangga tersebut terjatuh. Pokok itu tumbang setelah dimakan oleh anai-anai. Setelah berada di Ketapang selama beberapa abad keturuan Beji telah berpindah ke Kayung.
Semasa berada di Kayung mereka berjumpa dengan pedagang-pedagang Arab yang begitu aktif mengembangkan agama Islam. Keturunan Beji terbahagi kepada dua kumpulan. Mereka yang bersetuju untuk memeluk Islam kekal berada di Kayung manakala kumpulan yang belum bersedia lagi telah meninggalkan tempat tersebut dan bergerak ke kawasan hulu Kapuas. Sandin (1994) telah menamakan beberapa tempat yang dilalui oleh keturunan Beji semasa mereka melalui proses migrasi tersebut. Misalnya, dari Ketapang mereka berpindah ke Kayung dan seterusnya ke Hulu Landak. Kemudian mereka berpindah ke Malawi di mana mereka berada di tempat tersebut selama tiga genarasi. Seterusnya mereka berpindah ke Sintang dan kemudian ke Sungai Kapuas.
Mereka berpindah dari Sungai Kapuas ke Sungai Skayam iaitu kawasan yang duduki kaum Mualang. Dari Sungai Skayam mereka bergerak ke Sungai Sanggau. Di Sanggau terdapat penempatan kaum Iban yang besar. Dari Sanggau mereka mula bergerak dan menakluki beberapa kawasan di Batang Kapuas. Seterusnya mereka berpindah ke Semitau. Dari Semitau mereka bergerak ke Ketungau di mana mereka telah membuat penempatan di kawasan yang dikenali sebagai Bila Dua Tapang Praja. Proses migrasi kaum Iban ke Sarawak bermula dari kawasan Tapang Praja di Sungai Ketungau. Sebahagian besar daripada pengetahuan tentang sejarah perpindahan orang Iban ke Sarawak ialah bermula di kawasan sungai Ketungau.      
b.      Versi Tembawai Tampun Juah
Satu lagi versi tentang proses migrasi kaum Iban ialah berkaitan dengan penempatan di Tampun Juah. Menurut versi ini semua kaum Dayak di Sarawak berasal dari kawasan Tampun Juah yang terletak di kawasan Sungai Segumun, Ketungau (Serakop Tampun Juah, http://tampunjuah.blogspot.com/, 10 September 2012). Di penempatan ini nenek moyang kaum Iban  masih lagi hidup bersama-sama dengan orang halus dari Gelong dan juga dari Panggau Libau (Temubual dengan Philip Langi, 3 September 2012). Namun perpisahan dengan orang Gelong dan Panggau berlaku apabila pertelingkahan di antara Bungai Nuing dengan Laja tercetus. Malu dengan apa yang berlaku Keling telah membuat keputusan untuk berpisah dengan manusia dan meninggalkan tempat tersebut. Beliau telah membawa bersama mereka sungai Panggau dan digantikan dengan Sungai Ketungau. Tindakan Keling diikuti oleh Tutong yang memisahkan diri dari manusia serta membawa bersama-sama mereka Sungai Gelong dan digantikan dengan sungai Kapuas. Namun beliau telah lupa membawa bersama-sama mereka Bukit Gelong yang masih terdapat di Kalimantan Barat shingga ke hari ini.
Di Tampun Juah nenek moyang suku kaum Dayak bukan sahaja mula berpisah dengan orang Gelong dan Panggau tetapi mereka juga mula berpecah serta melakukan migrasi ke tempat-tempat lain di Borneo termasuk ke Sarawak (Temubual dengan Dato Sri Edmund Langgu, 10 September 2012). Akibat daripada perpisahan ini mereka juga mengalami perubahan dari segi bahasa dan inilah yang menyebabkan wujud berbagai suku kaum Dayak di Borneo.         
Versi Beji dan juga Tampun Juah adalah berdasarkan sumber lisan yang sangat dominan dalam penceritaan tentang asal usul dan juga proses migrasi kaum Iban di Sarawak. Malah apabila ditanya tentang asal usul mereka maka orang Iban akan lebih cenderung untuk mengaitkan diri mereka dengan Beji  ataupun Tampun Juah. Ringkasnya, kedua-dua cerita tersebut digunakan untuk menerangkan proses migrasi nenek moyang mereka pada zaman dahulu. 

Tembawai Tampun Juah : Satu Naratif
Berikut adalah naratif oleh seorang   tokoh budaya dan adat Iban, Dato Sri Edmund Langgu yang telah menyertai ekspedisi yang dikenali sebagai Dayak Borneo Cultural Heritage Safari iaitu menjelajah beberapa wilayah di Kalimantan Barat pada bulan Disember 2010. Salah satu daripada tempat yang telah dilawati ialah Tampun Juah..

Tulisan Benedict Sandin 91967), The Sea Dayaks of Borneo: Before White Rajah Rule  memperincikan proses migrasi masyarakat Iban ke Sarawak berdasarkan tradisi lisan, “The Kapuas basin is the most important source of various migrations mentioned in the tusut…” (Sandin, 1967: 3)  menunjukkan bahawa kaum Iban dari Sarawak berasal dari Batang Kapuas di Kalimantan. Proses migrasi itu dikatakan mengambil masa ratusan tahun yang lalu.

Teori yang dikemukakan oleh Sandin  telah disokong serta diterima oleh beberapa pengkaji budaya dan sejarah migrasi kaum Iban. Misalnya, persamaan budaya dan bahasa dengan beberapa suku kaum yang terdapat di Kalimantan Barat telah digunakan untuk memperkukuhkan lagi teori ini. Selain daripada membaca buku elok sekiranya diri sendiri berpeluang melawat tempat-tempat tersebut serta mendengar sendiri cerita penduduk tempatan tentang sejarah mereka. Lantaran itu, saya telah membuat beberapa siri lawatan ke Kalimantan Barat. Kali pertama saya menjejakkan kaki di bumi Kalimantan Barat ialah pada tahun 1990an.

Pada bulan Julai 2010, saya sekali lagi berpeluang membuat lawatan ke Kalimantan Barat. Tujuan utama lawatan rombongan tersebut ialah untuk menyaksikan “Gawai Adat Dayak” yang  diadakan di Sanggau. Upacara tersebut diadakan secara tahunan oleh berbagai etnik Dayak yang terdapat di Kalimantan Barat. Pada masa yang sama, rombongan kami juga akan mengadakan perjumpaan dengan ahli jawatankuasa Tembawai Tampun Juah yang pernah ditubuhkan terlebih dahulu. Sememangnya  Tembawai Tampun Juah adalah satu tempat yang signifikan dalam sejarah kaum Iban. Di tempat itu bermulanya tamadun kaum Iban  di Batang Kapuas. Dari Tampun Juah mereka berpecah dan mula berhijrah ke tempat-tempat lain di Kepulauan Borneo. Pada masa tersebut masyarakat Iban masih hidup di bawah satu bumbung dengan orang Panggau iaitu tempat tinggalnya orang-orang penting dalam legenda masyarakat Iban.
        
Malangnya masyarakat Dayak di Kalimantan masih tidak pasti tentang proses migrasi kaum Dayak dari Batang Kapuas ke Sarawak. Mereka belum lagi dapat memberikan gambaran yang pasti. Ini berbeza dengan keadaan pada tahun 1960an apabila lebih ramai orang dari Kalimantan yang mengetahui tentang proses migrasi tersebut masih hidup. Salah satu daripada sebab mengapa pengetahuan tentang perkara ini terputus begitu sahaja kerana ianya tidak didokumentasikan. Pada lawatan kali ini tidak banyak cerita  baru mengenai kaum Iban di Kalimantan namun pengetahuan saya tentang suku kaum Jengkang dan Dayak Sanggau telah bertambah. Misalnya saya telah difahamkan bahawa Raja Sanggau mempunyai darah keturunan Dayak. Namun terdapat beberapa perkara yang boleh meyakinkan kita bahawa kaum Iban di Sarawak adalah dari rumpun yang sama dengan kaum Dayak di Indonesia, Misalnya mereka mengamalkan aktiviti tenunan. Mereka juga memiliki parang ilang yang mirip kepada jenis nyabor yang ditemui di Ketapang, iaitu tempat asalnya Beji. Cerita ini disahkan oleh  Ratu Pangiran Sanggau.

Cerita-cerita lain yang mempunyai persamaan dengan certita kaum Iban  ialah seperti cerita  tentang Bujang Panjang yang terdapat di Kalimantan Barat adalah sangat mirip dengan cerita Sera Gunting di kalangan masyarakat Iban. Selain daripada itu salah  satu daripada tusut kaum Mualang yang bermula daripada generasi Belang Pinggang hampir sama dengan versi yang diketahui kaum Iban di Sarawak. Mereka juga percaya kepada legenda yang sama seperti Pulang Gana dan juga orang Panggau. Pulang Gana ialah seorang Dewa yang bertanggunjawab untuk aktiviti pertanian seperti menanam padi. Apabila seseorang petani mengadakan ritual berhubung dengan padi dan sawah beliau maka “Pulang Gana” yang akan dijemput.

Terdapat dua lokasi penempatan kaum Iban di Kalimantan. Lokasi yang pertama ialah Tembawai Tampun Juah di hulu Sungai Segumun Ketungau dan satu lagi di seberang bandaraya Sanggau. Kaum Iban telah berpindah dari kawasan di Sanggau. Namun tidak banyak yang diketahui tentang perpindahan ini. Mereka cuma tahu kumpulan Kantu yang meninggalkan Batang Sungai Kantu. Kumpulan Kantu pada hari ini adalah kaum Iban yang sebenar. Setelah melawat dan memerhatikan budaya komuniti di Tembawai Tampun Juah dan tradisi lisan mereka saya yakin tempat tersebut merupakan salah satu daripada penempatan kaum Dayak termasuk kaum Iban di Kalimantan Barat.       

Mengapa  kedua-dua versi relevan?
Kedua-dua versi adalah sangat penting kepada kaum Iban kerana selain daripada mengenai proses migrasi kedua-duanya mempunyai kaitan dengan budaya dan kepercayaan kaum itu. Misalnya, di penempatan Tampun Juah orang Iban berpisah dengan orang Gelong dan Panggau. Dalam kepercayaan kaum Iban di Sarawak orang Panggau dan orang Gelong adalah  manusia yang istimewa dalam kehidupan mereka. Bagi kaum Iban sesiapa sahaja yang dikatakan mendapat pertolongan daripada orang Panggau atau orang Gelong sudah tentunya mereka ini mempunyai sifat  yang istimewa dibandingkan dengan manusia-manusia lain. Di Bila Dua Tapang Praja keturunan Beji mula berinteraksi dengan kumpulan-kumpulan dewa yang penting dalam kepercayaan kaum Iban. Misalnya, di penempatan tersebutlah di mana Serapoh mendapat ajaran dan panduan dari Puntang Raga tentang cara yang betul berhubung adat kematian. Kemudiannya anak Serapoh yang bernama Menggin  berkahwin dengan anak Sengalang Burung iaitu Dara Tinchin Temaga (Sandin,1962). Anak Menggin yang bernama Sera Gunting telah mendapat ajaran dari Sengalang Burung. Ajaran Sengalang Burung masih diwarisi kaum Iban sejak turun temurun hingga ke hari ini. Dengan itu kedua-dua versi ini mempunyai perkaitan yang langsung dengan kosmologi kaum Iban.

Ajaran Puntang Raga dan Sengalang Burong
Dua kejadian yang sangat penting dalam proses migrasi tersebut ialah penurunan pengetahuan tentang adat berkaitan dengan kematian daripada dewa Puntang Raga kepada Serapoh. Kejadian yang kedua ialah penurunan pengetahuan tentang penggunaan suara burung dan kelakuan binatang sereta beberapa adat Iban lain yang penting daripada Sengalang Burung kepada cucu beliau iaitu Sera Gunting. Kedua-dua ajaran tersebut mempunyai impak terhadap kosmologi kaum Iban serta mendasari budaya dan adat kaum tersebut yang masih diamalkan sehingga ke hari ini. Menurut Sandin (1967) kedua-dua perkara tersebut berlaku apabila kaum Iban berada di sebuah penempatan dikenali sebagai Bila Dua Tapang Peraja.
Dalam kejadian pertama Serapoh mendapat ajaran daripada Puntang Raga tentang bagaimana menguruskan kematian seseorang sehinggalah kepada berakhirnya tempuh berkabung untuk si mati tersebut. Puntang Raga muncul untuk memberitahu Serapoh tentang adat ini setelah penduduk di rumah panjang yang didiami oleh Serapoh ramai yang mati kerana cara untuk menguruskan kematian mereka tidak teratur serta tidak mengiku adat. Tunjukajar dan cara-cara yang dieperturunkan oleh Puntang Raga seterusnya menjadi amalan kaum Iban sehinggalah kepada hari ini. Misalnya, seseorang yang meninggal itu akan diuruskan dengan cara yang terhormat serta diwujudkan tempuh berkabung untuk menghormati keluarga si mati. Pada setiap upacara kematian kaum Iban di Sarawak pada hari ini cerita tentang adat yang diajar oleh Puntang Raga kepada Serapoh sering disebut-sebut.
Dalam kejadian yang kedua kaum Iban mendapat pengetahuan tentang pengunaan suara binatang seperti burung dan juga kelakuan mereka sebagai petunjuk kepada manusia. Ajaran ini diperturunkan oleh Senagalang Burong melalui cucu beliau iaitu Sera Gunting. Sera Gunting ialah anak kepada Menggin dan Dara Tinchin Temaga. Dara Tinchin Temaga ialah anak perempuan Sengalang Burong manakala Menggin adalah cucu kepada Serapoh. Sengalang Burong juga memberitahu Sera Gunting tentang bagaimana cara yang betul untuk menyelesaikan masalah bagi mereka yang berkahwin tidak mengikut salahsilah yang betul. Apakah jenis-jenis hukuman yang harus dikenakan kepada kedua-dua orang yang berkahwin tersebut. Deities yang lain dalam keluarga Sengalang Burong juga diketahui dengan jelas melalui hubungan Menggin dengan keluarga Sengalang Burong. Sengalang Burung mempunyai tujuh orang adik-beradik dan kesemua mereka ini adalah orang-orang penting dalam kepercayaan kaum Iban. Mereka ialah Sengalang Burong, Menjaya, Biku Bunsu Petara, Gangga Ganggai, Ini Andan, Selempetoh, dan Simpulang Gana. Semasa melawat Sengalang Burung, Sera Gunting pernah diajar oleh menantu Sengalang Burong yang bernama Ketupong cara-cara menggunakan bunyi-bunyi burung yang boleh digunakan apabila seseorang itu menyertai misi perang.
Kedua-dua kejadian dalam proses migrasi tersebut mempengaruhi kepercayaan serta menjadi pegangan kaum Iban yang masih mengamalkan kepacayaan lama mereka shingga ke hari ini.        

Sarawak sebelum kedatangan orang Iban
Sebelum kedatangan kaum Iban beberapa tempat di Sarawak sudah didiami oleh kumpulan-kumpulan lain yang telah berpindah ke kawasan tersebut lebih awal. Misalnya dua kaum utama ialah Beketan dan juga Seru. Kaum Beketan mendiami kawasan hilir Batang Lupar dan juga Sungai Saribas. Sebahagian besar daripada kaum Beketan akhirnya menjadi kaum Iban. Kaum Seru pula mendiami  kawasan Sungai Rimbas. Mereka menentang kaum Iban dan ramai di antara mereka memeluk agama Islam dan menjadi Melayu (Pringle, 1970 : 40)  
Islam berkembang ke Borneo setelah kejatuhan Majapahit (Graham Irwin, 1986). Abad ke 13 dan 14 merupakan abad pedagang-pedagang Islam. Pedagang-pedagang Islam berkahwin dengan anak-anak raja tempatan dan juga ramai saudagar-saudagar Hindu memeluk Islam (Joginder Singh Jersey, 1971).

Migrasi ke Sarawak
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Benedict Sandin (1967) kaum Iban telah berpindah ke Sarawak dalam beberapa kumpulan serta dalam jangkawaktu yang lama iaitu kurang lebih empat ratus tahun. Mengikut Sandin (1994), berikut adalah pergerakan mereka berdasarkan kumpulan masing-masing.
a.      Undup
Kumpulan yang pertama berpindah ke Sarawak ialah Kajup. Beliau ialah seorang yang berketurunan Maloh. Beliau dikebumikan di tanah perkuburan orang Maloh yang dikenali sebagai Ruding Embawang terletak di kuala Sungai Undup, Sri Aman. Beliau kemudiannya diikuti oleh beberapa orang ketua yang lain seperti Jelian yang berpindah dari Sungai Ketungau ke Undup. Menurut salasilah kaum Iban seorang ketua masyarakat bernama Penghulu Ganja dari Rimbas adalah generasi ke enam belas keturuan Jelian. Beliau berusia 54 tahun pada tahun 1979. Berdasarkan fakta tersebut kaum Iban yang pertama berpindah ke Sarawak ialah pada abad ke enambelas (1540an). Ini berdasarkan perkiraan bahawa satu generasi sama dengan 25 tahun.  Seorang lagi ketua yang berpindah ke Sarawak ialah Gelungan. Beliau berpindah dari Merakai ke Undup dan kemudiaanya ke Simanggang dan akhirnya ke Batang Sadong (Pringle, 1970: 38-66).
b.      Batang Ai, Skrang dan Lemanak
Kumpulan yang berpindah pada masa yang sama dengan zaman Jelian ialah  Patih Ambau. Patih Ambau mengetuai kumpulan yang berpindah ke hulu Marup Engkelili. Kemudiannya mereka berpindah ke Pangkalan Tabau Lubok Antu. Satu lagi kumpulan yang turut berpindah ke kawasan Batang Air diketuai oleh Lanong. Lanong berasal dari Kapuas dan mereka membuat penempatan di Rantau Langkong di Batang Air. Lanong diikuiti oleh seorang lagi ketua iaitu Medan. Medan dan kumpulannya berpindah ke Sengkarong di Engkelili. Medan ialah keturunan Belambang. Dari kawasan Lemanak berbagai kumpulan-kumpulan kecil berpindah ke  Kanowit, Julau dan Nyelong (Sarikei).   
c.       Balau dan Sebuyau
Gelungan berpindah dari Merakai ke Bukit Balau di Undup. Mereka berpindah ke Bukit Balau Ili di Batang Lupar yang terletak di antara pekan Sri Aman dan sungai Lingga. Mereka menamakan diri sebagai Balau setelah mereka menduduki tempat yang dinamakan Bukit Balau sebanyak dua kali. Seterusnya mereka berpindah ke kuala Batang Lupar dan menamakan diri mereka sebagai Dayak Sebuyau. Gelungan dan pengikutnya berpindah ke Sadong di mana beliau meninggal kerana sakit tua. Pengikut-pengikut Gelungan kemudiannya berpindah ke Merdang Lumut, Merdang Limau dan Merdang Gayam di kawasan sungai Samarahan. 
d.      Saribas
Sebelum ketibaan kaum Iban kawasan Saribas didiami oleh Beketan yang diketuai oleh Entigar. Ketua Iban yang berpindah ke Layar ialah Tanggok dan beliau memulakan penempatan di Rian Batang. Kemudian seorang lagi ketua bernama Talap telah berpindah dari Batang Air ke sungai Pasa di Layar. Seorang lagi ketua iaitu Patinggi Ngadan dari Kayong telah memulakan penempatan di Bangai, Betong. Kemudian beliau dan pengikut-pengikutnya berpindah ke  Batu Lintang. Seterusnya beliau membuat penempatan di Nanga Jaloh. Mereka telah mengadakan upacara sabong ayam secara besar-besaran di Nanga Lupa. Kumpulan-kumpulan lain meneruskan proses migrasi ke kawasan Rimbas dan kedua-dua kawasan sudah didiami oleh kaum Seru dan Bukitan. Namun kaum Iban tidak menghadapi banyak tentangan dari kumpulan tersebut.     
e.       Dau
Seorang ketua bernama Ambau (bukan Patih Ambau) telah berpindah dari Kapuas ke Pangkalan Tabau di Lubok Antu. Dari Pengakalan Tabau mereka berpindah ke Lubang Baya dan berpindah balik ke Pangkalan Tabau. Kumpulan in berpindah ke Klassin di Undup dan seterusnya mereka berpindah ke Rijang. Ketua mereka ialah Nyanggau. Mereka berpindah ke Lemas di mana mereka telah diserang oleh kumpulan Indera Lela dan kumpulan dari Skrang. Nyanggau dan pengikut-pengikutnya melarikan diri dengan berpindah ke Dau, Indonesia. Sepuluh tahun kemudian Nyanggau dan pengikutnya kembali ke Sarawak atas permintaan Residen Skrang iaitu Mr Brereton. Mereka kembali ke Sarawak dan mendiami kawasan Embawang, Klauh, Melugu, Gua, Nyelam, Engkeramut, Selepong dan Pok Ai. Mereka menamakan diri mereka sebagai Dau sempena dengan tempat mereka di Indonesia iaitu Dau.   
Proses migrasi yang dinyatakan di atas adalah penuh dengan unsur pendominasian  di mana yang kuat akan mendominasi yang lemah. Kumpulan-kumpulan awal seperti Seru dan juga Beketan telah ditewaskan oleh kumpulan-kumpulan yang lebih kuat. Selain daripada bersengketa dengan penduduk asal ditempat yang dikuasai oleh mereka kaum Iban juga bersengketa sesama sendiri. Keadaan ini telah memudahkan pihak Brooke untuk mendapatkan sokongan khasnya dari segi jumlah bala tentera. Ini memberi peluang kepada kumpulan yang bersengketa sebelum kedatangan Brooke untuk meneruskan pemusuhan mereka.    

Kaum Iban Sarawak dan Kesultanan Brunei
Sumber-sumber dari Brunei jelas menyatakan bahawa sememangnya  wilayah Sarawak adalah sebahagian daripada wilayah Brunei. Penduduk-penduduk di kawasan “Sarawak” membayar cukai kepada Sultan Brunei. Namun kemungkinan besar mereka yang membayar cukai adalah hanya mereka yang berada di kawasan persisiran pantai. Bagamimana dengan kaum Iban pula? Adalah kurang jelas juga samada sebahagian besar daripada mereka sedar bahawa mereka adalah dikuasai oleh Sultan Brunei dan apatah lagi untuk membayar cukai seperti yang dinyatakan di atas. Sumber-sumber dari Brunei pada abad ke 16 dan 17 tidak menyebut tentang kaum Iban di Sarawak (Pringle, 1970 :44). Ini juga bermakna kaum ini bukanlah subjek yang penting untuk Brunei.
Kewujudan beberapa orang pemimpin Arab di Sarawak seperti di kawasan Skrang juga menjukkan pengaruh Kesultanan Brunei di kawasan tersebut kerana orang-orang Arab ini mempunyai hubungan dengan Sultan Brunei. Misalnya, di kawasan Skrang terdapat dua orang Arab iaitu Sharif Sahap dan Sharif Mullah telah diberikuasa oleh Sultan Brunei terhadap kawasan tersebut. Kedua-duanya adalah anak kepada seorang pengembara Arab yang berkahwin dengan anak Sultan Brunei. Pemimpin-pemimpin Mealyu juga mempunyai hubungan dengan pemimpin-pemimpin Iban dan sesetengah pemimpin Iban telah diberikan gelaran oleh pemimpin-pemimpin Melayu yang mewakili Sultan Brunei.  (Pringle, 1970:40).
Hubungan kaum Iban dengan orang Melayu di Sarawak juga telah wujud sejak sebelaum era Brooke lagi. Menurut Sandin (1994) orang Iban yang pertama berjumpa dengan orang Melayu ialah Rusak. Rusak bertanyakan dari  dimana mereka datang dan mereka memberitahu beliau bahawa mereka datang dari laut. Pertemuan ini menyebbakan istilah laut digunakan apabila orang Iban berinteraksi dengan orang Melayu di Sarawak. Mereka juga bekerjasama apabila membuat serangan atau “coastal raiding”. (Pringle,1970:41).  Gould & Bampfydle menjelaskan bagaimana kerjasama tersebut dilaksanakan, “the spoils being divided...” Berdasarkan kerjasama tersebut penulis-penulis seperti Pringle (1970:51-55), Runciman (1904 : 11), Gould & Bampfydle (1909:59) dan (Stephanie Morgan, 1968 :143), berpendapat bahawa aktiviti “perlanunan” di kalangan kaum Iban telah diperhebatkan lagi melalui hubungan yang akrab dengan kaum Melayu.
      
Hubungan Iban-Iban
Hubungan sesama kaum Iban apabila mereka berpindah ke Sarawak juga perlu dibincangkan. Stepahnie Morgan (1968:144) pernah menyatakan bahawa sifat-sifat migrasi kaum Iban dari lembah Kapuas ke Sarawak ialah “rapid, aggressive, persistent and successful”. Sifat-sifat tersebut telah melahirkan ketegangan dan konflik dengan penduduk-penduduk awal di Sarawak dan juga sesama merek sendiri. Sandin (1967) telah membincangkan wujudnya persaingan di antara kelompok-kelompok kaum Iban itu sendiri “inter-tribal rivalry”.  Sandin (1967) menghuraikan bagaimana permusuhan telah berlaku di antara kumpulan orang Iban dari Saribas dengan Sebuyau. Seorang Iban di Saribas telah bersengketa dengan saudara beliau di Saribas dan kemudian beliau melarikan diri ke Sebuyau. Seterusnya beliau telah melibatkan semua orang Sebuyau dalam sengketa peribadi beliau itu. Dalam kes kedua pula dua orang lelaki telah berkelahi semasa mengayap perempuan yang bernama Beremas. Kejadian ketiga ialah berlakunya sengketa kerana perubutan terhadap bee tree dan salah seorang daripada mereka melarikan diri ke Sebuyau. Seperti kes yang pertama beliau juga melibatkan orang Sebuyau dalam kes peribadi tersebut. Dalam satu lagi kejadian di mana Ngadan (anak kepada Unggang Lebor Menua) telah dibunuh oleh kumpulan dari Sebuyau dan sebagai balasan adik beliau bernama Luta telah menyerang Sebuyau.
Peranan orang luar dalam melaga-lagkan kaum Iban juga menyebabkan konflik itu berterusan. Misalnya, sebelum kedatangan Brooke seorang ketua bernama Indera Lela bermain serampang dua mata dan telah melaga-lagakan Iban Sebuyau dengan Saribas. Perkara ini diketahui mereka semasa Tarang menyerang Banting. Begitu juga dengan orang-orang Arab yang sering memanipulasi kaum Iban untuk kepentingan mereka (Pringle, 1970 : 56).
Konflik sesama kaum Iban berterusan. Pada  tahun 1834 Orang Kaya Rabong dari Skrang telah menyerang Banting. Pada tahun 1837 Orang Kaya Dana telah menyerang Undup setelah adik beliau Angkum dibunuh oleh orang Undup. Orang Kaya Temenggong Jugah dari Lundu telah menyerang Iban di Saribas dan Paku. Pada tahun 1838 orang Iban dari Banting yang diketuai oleh Ijau (Lang) dan Orang Kaya Janting menyerang Saribas dan Krian. Pada tahun1839 Janting sekali lagi menyerang Saribas di mana beliau beroleh kemenangan besar (Sandin 1967). 
Menurut Pringle (1970: 62) sengketa juga berlaku di antara wilayah. Misalnya,  kaum Melayu dan Iban dari Banting akan bersatu untuk menentang kaum Iban dan Melayu dari Saribas. Keadaan yang tegang ini telah memudahkan lagi Brooke untuk meneruskan permusuhan di antara sesuatu wilayah dengan yang lain. Misalnya, Brooke kerap menggunakan tentera yang terdiri dari orang Iban dari Sebuyau untuk menyerang Iban dari kawasan Skrang dan Saribas.

Kesimpulan
Sepertimana yang dinyatakan di peringkat awal bahawa proses migrasi kaum Iban mengambil masa yang sangat lama iaitu ratusan tahun lamanya. Jangkawaktu yang lama itu menyukarkan kita untuk mengetahui tarikh sebenar bila proses itu bermula. Tambahan pula tidak ada rekod bertulis yang boleh digunakan sebagai sumber. Masalah ini bukan sahaja terhad kepada kaum Iban malah kepada kebanyakkan kaum di Asia Tenggara yang lambat diperkenalkan kepada askara atau “alphabet”.  Semua maklumat adalah berdasarkan tradisi lisan yang ditentukan oleh “collective memory” kaum atau kelompok tersebut. Ini membuatkan topik migrasi kaum Iban ke Sarawak amat sesuai untuk di diskusi dan diperdebatkan pada “polemik” yang kita adakan pada hari ini.


Rujukan
Baring-Gould, S, and Bampfylde, C.A, (1909), A History of Sarawak Under Its two White Rajahs, 1839-1908, London: Henry Sotheran.
Chang Pat Foh, (2010), History of Iban Settlements Around Kuching City, Sarawak, Kuching: Sarawak Press.
Empiang Jabu, (1989), Historical Perspective of the Iban, Sarawak Museum Journal, Vol. XL, No. 68, December, 1989 (21-32).
Irwin, Graham, (1986), Borneo Abad Ke Sembilan Belas, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Puastaka.
Harrison, Barbara dan Tom Harrison, (1968), Iban and Ngaju : A significant folklore parallel,XVI, 32-33 (pp.186-194).
Joginder Singh Jessy, (1971), Sejarah Asia Tenggara 1500-1945, Malaysia: Long Man
Kedit, Peter, (1993), Iban bejalai, Kuala Lumpur: Ampang Press Sdn. Bhd.

Morgan, Stephanie, (1968), Iban Agressive Expansion: Some backgrounf factors, XVI, 32-33 (pp.141-185).  

Pringle, Robert (1970), Rajahs and Rebels: The Ibans of Sarawak under Brooke Rule, 1841-1941, London: Macmillan

Schiller, Anne L. (1986) A Ngaju Ritual Specialist and the Rationalization of Hindu-Kaharingan. The Sarawak Museum Journal 36 (57):231-242.

Sutlive, Vinson, (1988), Iban in Historical Perspective, Sarawak Museum Journal,  Vol. XL, No. 68, December, 1989 (pp.33-44).
Sandin, Benedict, (1994), Sources of Iban Traditional History, Sarawak Museum Journal (Special Issue No.7) pp.1-78. Kuching: Percetakan Nasional Malaysia Bhd.

........................(1967), The Sea Dayaks of Borneo Before White Rajah Rule, Mcmillan : The University Press, Glasgow.
.......................(1962), Sengalang Burung, Kuching: Borneo Literature Bureau.
........................(1956), The Westward Migration of the Sea Dayaks, Sarawak Museum Journal, Vol VII No.7 June 1956 (pp.54-77).

Sumber Internet dan Temubual
Schiller, Anne Adherents of Kaharingan among the Ngaju Dayakshttp://www.penn.museum/documents/publications/expedition/PDFs/49-2/Schiller.pdf (6 Disember 2012)

Serakop Tampun Juah, http://tampunjuah.blogspot.com/, 10 September 2012

 

Philip Langi, 3 September 2012, Kuching, Sarawak.
Dato Sri Edmund Langgu anak Saga, 10 September 2012, Kuching Sarawak.


[1] Dibentangkan di Majlis Polemik Sejarah Malaysia Sesi 27: Penempatan di Sarawak 1400-1840, di Islamic Information Centre, Kuching Sarawak  pada 19 September 2012, anjuran Arkib Negara Malaysia.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan