Rabu, 15 Ogos 2012

Polis dan Renjer S’wak ‘hero’ sebenar



Polis dan Renjer S’wak ‘hero’ sebenar

Utusan Borneo
by Agnes Tugong. Posted on September 3, 2011, Saturday
KUCHING: Ketika pelbagai pihak menemplak kenyataan pemimpin kedua PAS, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Neilson Ilan Mersat mempunyai pandangan tersendiri mengenai siapa yang lebih layak digelar hero tanah air.
Menurut beliau, di Sarawak, anggota polis dan renjer adalah kumpulan yang paling ramai terkorban ketika berperang dengan komunis untuk kebebasan dan kemerdekaan bangsa serta negara.
“Mereka inilah yang patut digelar wira (hero) tanah air.
“Inilah fakta sejarah yang tidak boleh diubah oleh kita sesuka hati berdasarkan fahaman politik kita,” katanya ketika dihubungi.
Tambah Neilson, pada fahaman beliau, komunis menganggap seseorang itu hero jika mereka memiliki fahaman (ideologi) pemerintahan komunis.
“Ini kerana tujuan komunis adalah untuk tidak mendirikan kerajaan atas dasar pemerintahan demokrasi.
“Komunis ingin memerintah negeri dengan cara kasar ataupun pemerintahan kuku besi dan tidak percaya kepada sistem pilihan raya amalan demokrasi sebaliknya inginkan kuasa dari muncung senapang,” ujarnya.
Ketua Komunis, Mao Tse Tung selalu mengatakan, kuasa datang dari muncung senapang.
Fahaman ini membawa makna yang besar kepada yang percaya kepada amalan pemerintahan ala komunis.
Sebaliknya di Malaysia, menurut Neilson, rakyat menentang komunis kerana inginkan pemerintahan ala demokrasi seperti yang diamalkan oleh negara-negara maju yang lain.
Print Friendly

Tiada ulasan:

Catat Ulasan